Another Source

27/09/12

Permohonan kursus NPQEL (IAB)

Syarat-Syarat Permohonan

1.  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:   
1.1 Pemohon mestilah sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan sekarang pada tarikh permohonan.
1.2 Kelayakan Akademik dan Ikhtisas:  
  *
Bagi calon PPPS (guru sekolah rendah/menengah) hendaklah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya.
  *
 Bagi calon PPPLD hendaklah sekurang-kurangnya memiliki SPM/MCE atau yang setaraf dengannya dan Diploma Pendidikan/Sijil Perguruan atau yang setaraf dengannya.
1.3 Pemohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan pada tarikh permohonan.
1.4
Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Gred A (purata 85 markah ke atas) bagi tempoh 3 tahun terkini.
1.5
Pemohon tidak pernah dikenakan apa-apa tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah.
1.6 Pemohon mestilah sihat fizikal dan mental. Pemohon dikehendaki mengemukakan laporan kesihatan, jika perlu.
1.7 Pemohon bukan merupakan pegawai yang sedang mengikuti kursus atau pengajian di mana-mana institusi di bawah tajaan Kerajaan Malaysia.
     
2.  Permohonan
2.1 Permohonan hendaklah dibuat melalui 2 peringkat.   
  2.1.1 Peringkat pertama: Mengisi Borang Permohonan secara atas talian di http://www.iab.edu.my/npqel.
  2.1.2 Peringkat kedua: Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun serta di tandatangan oleh Guru Besar / Pengetua / Ketua Jabatan / Pengarah..  
2.2 Borang permohonan atas talian yang lengkap hendaklah dicetak dan dikemukakan bersama dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan
 
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran (2 salinan);
ii. Salinan sijil-sijil akademik dan ikhtisas yang berkenaan (2 salinan);
iii. Surat Pengesahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini (2 salinan);   
iv. Senarai tugas sekarang dan pengalaman bertugas yang disahkan oleh Ketua Jabatan (2 salinan);   
v. Laporan maklumat staf dari Sistem Maklumat Staf (EMIS)(2 salinan);  
vi. Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini (2 salinan);
2.3 Borang permohonan dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan dan perlu dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (Untuk Perhatian: Unit Latihan).
2.4 Borang permohonan dari Bahagian-Bahagian pula hendaklah diajukan terus kepada Pengarah, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia setelah borang tersebut disahkan dan disokong oleh Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian masing-masing.
2.5 Hanya calon-calon yang mengemukakan borang permohonan yang lengkap diisi dan memenuhi syarat kelayakan serta disenaraipendekkan akan dipanggil untuk menghadiri taksiran.
2.6 Permohonan NPQEL ini dibuka sepanjang tahun. Ambilan bagi kursus NPQEL ini akan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun.
2.7 Calon-calon yang memenuhi syarat dan telah disenaraipendekkan sahaja akan dipanggil untuk sesi taksiran dan temu duga. Keputusan panel temuduga adalah muktamad.
2.8 Calon-calon yang tidak dipanggil taksiran atau tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
2.9 Calon-calon yang lewat hadir atau tidak menghadiri sesi taksiran, dianggap tidak berminat untuk mengikuti Program NPQEL ini. Tiada perlanjutan tempoh bagi sesi taksiran kepada calon yang lewat atau tidak hadir pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak IAB.
2.10 Tarikh, tempat dan masa taksiran tidak boleh ditukar melainkan dengan sebab yang munasabah dan tertakluk kepada kelulusan yang diberikan oleh Pengarah IAB.
2.11 Rayuan untuk menghadiri taksiran bagi calon-calon yang tidak layak, tidak akan dipertimbangkan.
2.12 Calon-calon yang tidak berjaya, yang ingin memohon semula perlu mengemaskinikan maklumat sedia ada secara atas talian, di samping menghantar cetakan borang yang telah dilengkapkan.
2.13 Kos perjalanan calon-calon yang berjaya adalah di bawah tanggungan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
   
3. Permohonan dari sekolah/PPD/JPN yang telah lengkap hendaklah dihantar ke JPN masing-masing, manakala semua permohonan dari Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah lengkap hendaklah dihantar terus ke;
 
  Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sri Layang,
69000 Genting Highlands.
   
4. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini sila hubungi
 
 
Urus Setia
Unit Penyelaras Program
Kementerian Pelajaran Malaysia
Institut Aminuddin Baki
No. Tel: 03-61056100
ext : 6137/ 6296

Tiada ulasan: