Another Source

25/06/11

HRMIS - Kemaskini Pengurusan Rekod Peribadi

HRMIS - Aplikasi Kerajaan (e-Goverment)

1. Gunakan internet explorer. Mozila, chrome, safari tidak dibenarkan untuk akses laman sesawang HRMIS.

2. Untuk akses ke laman sesawang HRMIS

hrmisone.eghrmis.gov.my

3. Masukkan nombor kad pengenalan pada dua-dua bahagian [username and password]

4. Pastikan tuan/puan ubah view / paparan kepada 80% ke bawah

5. Tuan/puan boleh mengubah bahagian pengurusan rekod peribadi sahaja. Bahagian lain oleh kerani / pegawai tadbir unit HRMIS/ JPN Pulau Pinang / BSM.

6. Apabila kemaskini maklumat dalam rekod peribadi, sila tekan hantar.

7. Jika berjaya, data tuan/puan akan dipaparkan pegawai yang akan meluluskan data itu. Data tidak akan dikemaskini sehingga pegawai melulus di HRMIS meluluskan data tuan/puan.

8. Tempoh masa untuk kemaskini data adalah lama sehingga tuan/puan diluluskan oleh pegawai melulus di HRMIS.

9. Pastikan tuan/puan menggunakan aplikasi ini pada waktu tidak sibuk (contoh waktu malam)

10. Jika ada masalah untuk akses data peribadi sila berjumpa dengan Kerani sekolah.

11. Maklumat lain di HRMIS akan dikemaskini oleh kerani sekolah. Tuan/puan tidak dibenarkan membuat pengemaskinian. Jika kemaskini tiada butan .

12. Apabila selesai membuat pengemaskinian pada pengurusan rekod peribadi sila logout.

Sekian. Terima kasih.

Majulah ICT Untuk Negara

Webmaster SMKSA.NET

Tiada ulasan: